Jumaat, 26 Februari 2010

"SALAM MAULIDUR RASUL"
SEMPENA KELAHIRAN JUNJUNGAN BESAR 
NABI MUHAMMAD S.A.W
-12 Rabiulawal
Buat seluruh umat Islam 
warga SK Slim Village
Ibu bapa / Penjaga

Daripada : AJK PIBG SKSV

Khamis, 25 Februari 2010

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6

Program Motivasi khusus untuk Murid Tahun 6. Program ini melibatkan seramai 39 pelajar terdiri dari kelas Tahun 6 Marikh dan 6 Musytari.

Program yang dijalankan pada 6 Februari ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru Tahun 6 yang telah bekerjasama mengisi slot pada hari tersebut.

1. En. Mohd Halin Othman (Subjek Sains) 8.15 AM – 9.15 AM
2. Pn. Noredah Mat Dom (Subjek BI) 9.15 AM – 10.15 AM
3. En. Samsul Ali Mohd Basir (Subjek BM) 11.00 AM – 12.00 PM
4. En. Fadzian Helmy Zulkipli (Subjek Mate) 12.00 PM – 1.00 PM
5. En. Shariffuddin Ahmad (Motivasi Diri) 2.00 PM – 3.00 PM
6. En. Zakaria Abdullah Sani (Teknik Mengingat Fakta) 3.00 PM – 4.30 PM

PIBG SKSV merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas usaha yang dilaksankan oleh Pihak sekolah, Guru-guru Tahun 6 dan Unit Bimbingan & Kaunseling bagi membantu murid-murid tahun 6 dengan memberi dorongan, kata-kata semangat serta tips-tips yang baik bagi persediaan menghadapi peperiksaan UPSR 2010 nanti.
Usaha ini bagi PIBG pastinya memberikan kesan atau impak yang sangat baik kepada murid-murid / calon-calon UPSR 2010. Insyallah, dengan kerja keras pihak sekolah dan guru-guru tahun 6 serta dibantu oleh UBK, SKSV pasti akan cemerlang.

Selasa, 23 Februari 2010

PROGRAM JALINAN KASIH MASYARAKAT ASLI DENGAN SEKOLAH

Program Jalinan Mesra antara ibu bapa & guru ini telah dilaksanakan pada :
Tarikh : 05 Februari 2010 (Jumaat)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan SKSV

Program ini telahpun dilaksankan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling SKSV, En Sharifuddin bin Ahmad dan En Reza Ahmad serta dengan bantuan PIBG SKSV.
Program ini adalah untuk memberi penerangan kepada ibubapa tentang masalah ketidakhadiran murid Asli ke sekolah. Yang menarik tentang program ini ialah pengerusi majlisnya Cikgu Redza Ahmad yang menggunakan Bahasa Semai sebagai bahasa perantaraan membuatkan hadirin lebih dekat untuk menerima pesanan yang cuba disampaikan.

Antara pengisian slot ialah dari Guru Kaunseling, Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Besar. Program bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir menjelang jam 12:00 tengahari. Acara terakhir pada hari tersebut ialah bacaan ikrar SAYA ANTI PONTENG oleh semua murid terbabit.


PROGRAM JALINAN MESRA ANTARA IBUBAPA MURID TAHUN 6

Program Jalinan Mesra yang melibatkan ibu bapa / penjaga tahun 6 telah pun diadakan pada :
Tarikh : 20 Januari 2010 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan SKSV

Program ini bertujuan memberikan maklumat terkini tentang halatuju murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR 2010 nanti. Antara lain,ibu bapa juga diberikan penerangan tentang aktiviti / program tahun 6 sepanjang 2010. Antaranya ialah;
1. Kelas Tambahan Tahun 4, 5 dan 6.
2. Program Kepung.
3. Program fokus.
4. Motivasi.
5. Teknik Menjawab Kertas UPSR
6. Ujian Pra UPSR
7. Mento-menti.

Program Jalinan Mesra ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG; Tn Hj Mohamed Basri bin Hashim. Bagi pihak sekolah dan PIBG sendiri mendokan semoga usaha murni pihak sekolah dengan disokong oleh PIBG serta ibu bapa akan menghasilkan murid yang cemerlang dan sekolah yang gemilang. Insyallah.





PROGRAM S/U PIBG BERSAMA PERSATUAN SISWAZAH UPSI

Program Fasa 1
"Guru Sebagai Pemimpin Di Sekolah dan Komuniti"
Anjuran Persatuan Pelajar Pengajian Siswazah UPSI
Program Persatuan Pelajar Pengajian Siswazah UPSI menganjurkan kursus untuk Setiausaha-setiausaha PIBG di seluruh Daerah Batang Padang dan Daerah Hulu Selangor


Program Fasa 2

 
Kursus Bina Blog Anjuran Persatuan Pelajar Pengajian Siswazah UPSI telah diadakan pada :
Tarikh : 23 FEBRUARI 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : PKG Tapah Road, Tapah

Kursus yang dihadiri oleh semua Setiausaha-setiausaha PIBG dibeberapa buah sekolah yang terpilih di Daerah Batang Padang. Seramai 31 buah sekolah rendah dan menengah menghadiri kursus tersebut. Kursus yang berobjektifkan "Guru Sebagai Pemimpin Di Sekolah Dan Komuniti".Membimbing semua setiausaha PIBG dalam pembinaan blog PIBG dan akhirnya melalui blog ini akan mendekatkan sekolah dengan komuniti setempat.

Terdapat 6 buah sekolah terpilih untuk menerima cenderahati daripada pihak penganjur. 3 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah. Sekolah-sekolah tersebut ialah :

Kategori Sekolah Rendah :
1. SK Slim Village
2. SK Aminuddin Baki
3. SK Tanjong Malim

Kategori Sekolah Menengah:
1. SMK Bidor
2. SMJK Katholik
3. SMK Air Kuning