Selasa, 13 Julai 2010

Penerima APC 2009



PIBG SK Slim Village ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada guru / kakitangan SKSV telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2009.

Semoga anugerah yang diterima dapat membakar lagi semangat untuk terus berjuang dan berkhidmat mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berjaya. Semoga terus cemerlang.. Teruskan Perjuangan.

Staf Akademik:
1. En. Shariffuddin Bin Ahmad
2. En. Syamsul B. Zainal Abidin

Staf Bukan Akademik:
1. Deviga Rajalingam

Sabtu, 3 Julai 2010

CALON-CALON UPSR 2010


TARIKH :  13 JULAI  HINGGA  15 JULAI 2010

"Kejayaan anda adalah kebanggaan kami semua"

p/s : Salam untuk semua penggunjung. Admin mendoakan kejayaan semua calon UPSR 2010...Hari ini hari terakhir admin menulis di ruangan blogpibgsksv.Admin memohon ribuan kemaafan jika sebarang entri yang disiarkan sepanjang bersama agak `longgar` dan tiada `informasi`Moga pengganti akan lebih baik.
 

Khamis, 1 Julai 2010

SEMUA IBU BAPA DIJEMPUT HADIR...

Interaksi bersama Guru Kelas

Esok Jumaat 2 Julai 2010, SKSV akan mengadakan Hari Interaksi Bersama Ibubapa. Program ini bermula jam 10.00 pagi, ibubapa boleh berjumpa serta berbincang dengan Guru Kelas anak masing-masing tentang pencapaian anak dalam PKSR 1. Ibubapa juga boleh membawa pulang anak selepas interaksi tersebut.

Untuk tahun 6, program dirancang bermula lebih awal iaitu jam 9.00 pagi. Dan sedikit penerangan mengenai prestasi keseluruhan murid Tahun 6 akan disampaikan kepada ibubapa yang hadir.

Selasa, 22 Jun 2010

ANUGERAH TEKNOPEN PERAK.

TAHNIAH !!
ANUGERAH TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Blog Panitia Pendidikan Islam SK SLIM VILLAGE (http://sksv.blogspot.com/) telah dipilih sebagai salah satu pemenang / penerima Anugerah Teknologi Pendidikan Negeri Perak 2009 dalam:

Kategori PENGHASILAN PORTAL P&P, kategori sekolah.
Admin blog iaitu Ustaz Sharifuddin bin Ahmad
SK Slim Village, Slim River, Perak.
Bagi pihak PIBG dan sekolah, sekalung tahniah kepada GPI ,Ustaz Sharifuddin Ahmad atas penganugerahan beliau dalam Pertandingan Penghasilan Portal P&P kategori sekolah Negeri Perak. Syabas dan tahniah.


Menerima hadiah daripada Pengarah JPN Perak.
p/s: Tahniah daripada admin blogPIBG

SAMBUTAN HARI GURU SKSV 2010

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
SK SLIM VILLAGE, SLIM RIVER, PERAK DARUL RIDZUAN.
ISNIN, 17 MEI 2010 

SKSV telah mengadakan Sambutan Hari Guru secara ringkas tapi penuh warna.Pengertian yang cukup besar dan bermakna kepada guru-guru dan murid-murid SKSV.
Sambutan ini berakhir kira-kira jam 10.30 pagi dan selepas itu kelas P&P berjalan seperti biasa hingga jam 2.30 petang.


Majlis yang dipengerusikan oleh Cikgu Zakaria Abdullah Sani, dimulakan dengan bacaan Doa Hari Guru oleh Us. Shariffuddin Ahmad.

Seterusnya Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh GPK HEM Pn. Faridah Mat Khalil. Diikuti pula Bacaan Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia oleh GPK Pentadbiran Pn. Zaharah Saaid.


Majlis diteruskan lagi dengan Ucapan Ketua Murid oleh adik Mohd Firdaus Shamsul dan Ucapan Terima Kasih Cikgu daripada Yang Dipertua PIBG SKSV En. Mohd Basri B. Hashim.

Mengakhiri ucapan pada hari tersebut ialah Ucapan Khas oleh Guru Besar SKSV Pn. Hjh. Jamilah Bt. Ismail. Di samping itu juga, SKSV didatangi oleh wakil dari Bank Rakyat Tg. Malim menghadiahkan Kek Hari Guru.

Bacaan Ikrar Guru, Nyanyian Lagu Guru Malaysia dan Guru Pembina Negara Bangsa disempurnakan dengan diketuai oleh Cikgu Fadzian Helmy Zulkipli.

Persembahan khas Sajak Guru Oh Guru disampaikan oleh Cikgu Azian Adnan memukau seluruh penonton.

p/s: Foto ihsan Blog Panitia Pendidikan Islam SKSV

MAJLIS GOTONG-ROYONG SEMPENA HARI GURU.

GOTONG-ROYONG PERDANA
DI LAMAN SK SLIM VILLAGE SEMPENA HARI GURU 2010


Aktiviti ini mendapat kerjasama daripada PIBG SKSV. Bagi pihak sekolah dan PIBG merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru dan murid-murid yang hadir bagi melaksanakan tanggungjawab bersama ini.

FOKUS TAHUN 5

 Program Fokus Tahun 5 ini dilaksanakan bertujuan membantu murid menguasai subjek teras diharapkan dapat membantu mereka dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang akan berlangsung pada 24 hingga 27 MEI 2010. 


 Usaha ini InsyaAllah, pastinya akan membantu murid mendalami penguasaan beberapa subjek teras dalam PKSR 1 nanti.


UJIAN PERTENGAHAN TAHUN (PKSR1) TAHUN 6

Jumaat, 7 Mei 2010

Fokus Tahun 5

Mulai minggu hadapan 10 Mei 2010, pihak sekolah akan mengadakan Program Fokus Tahun 5.
Antara objektif program ini adalah untuk memberikan penekanan khusus kepada Murid Tahun 5 dalam menghadapi peperiksaan PKSR1 yang akan menjelma tidak lama lagi.

Berikut adalah Jadual Cadangan Fokus Tahun 5:

Isnin
7.30 -9.30 : Motivasi
9.45 - 11.45 : English
12.00 - 2.00 : Matematik

Selasa
7.30 -9.30 : Sains
9.45 - 11.45 : English
12.00 - 2.00 : Matematik

Rabu
7.30 -9.30 : Sains
9.45 - 11.45 : Matematik
12.00 - 2.00 : English

Khamis
7.30 -9.30 : B.Melayu
9.45 - 11.45 : English
12.00 - 2.00 : Sains

Jumaat
7.30 -9.30 : Matematik
9.45 - 11.45 : English

Rabu, 31 Mac 2010

HARI KANTIN SEKOLAH 2010

HARI KANTIN 2010
TARIKH : 27 MAC 2010 (SABTU)

"Walaupun letih tapi ia berbaloi, usaha yang sedikit letih tetapi ia membuahkan hasil. Bagi PIBG ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada murid-murid dan ibu bapa yang sudi hadir memeriahkan hari kantin pada tahun ini. Kepada guru-guru tahniah semoga usaha anda diberkati illahi" -YDP PIBG

"Bagi semua guru SKSV, saya mengambil kesempatan merakamkan berbanyak-banyak terima kasih kerana usaha yang dirancang sekian lama membuahkan hasil. Penat-lelah. jerih-payah cikgu untuk mengumpul dana bagi tujuan aktiviti sekolah dan panitia telah berjaya dilaksana. Syabas dan Tahniah, Cikgu. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa cikgu."- GB SKSV





SEKITAR MESYUARAT AGUNG PIBG SKSV KALI KE-34

Mesyuarat Agung PIBG SK Slim Village kali ke-34
Pada 24 MAC 2010 ( Rabu )
Dirasmikan oleh :
Yang Berbahagia, Dr. Anurrdin bin Abdul Ghani,
Pensyarah Fakulti Ekonomi &Pentadbiran,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Banyak maklumat yang disampaikan oleh Dr. Anurrdin yang berkisar tentang ekonomi, cara hidup dan budaya mendidik anak.....
Sesi ucapan aluan oleh Guru Besar, Pn Hjh Jamilah Ismail, YDP PIBG Tn Hj. Mohamed Basri bin Hashim dan Ucapan Perasmi oleh Yang Berbahagia, Dr. Anurrdin Abdul Ghani, Pensyarah Ekonomi & Pentadbiran di UM.

Pengacara majlis yang bergaya serta berkaliber pada hari tersebut; En Azian bin Adnan, bersama Ustaz Sharifuddin dan jurukamera En Khairol dan En Reza (tiada dalam gambar)

AJK pendaftaran sedang bertungkus lumus mendaftarkan ibu bapa di samping  menjual kupon hari kantin.

Antara para ibu bapa yang hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 ini. Turut bersama Mantan PIBG iaitu YM Raja Ahmad bersama-sama memeriahkan mesyuarat kali ini.

Antara AJK Pelaksana dan para ibu bapa yang turut memeriahkan mesyuarat PIBG kali ke-34

Pelancaran Blog PIBGSKSV oleh :
Yang Berbahagia, Dr. Anurrdin bin Abdul Ghani,
Pensyarah Fakulti Ekonomi & Pentadbiran,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
p/s : SU PIBG mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Sharifuddin kerana menjadi juruteknik sepanjang pelancaran blogpibg berlangsung.

PIBG SKSV mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada AJK pelaksana, guru dan ibu bapa kerana telah bertungkus lumus menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 ini.
Tidak dilupa juga kepada Guru Besar SKSV, Pn Jamilah Ismail, YDP PIBG Tn Hj Mohamed Basri Hashim dan perasmi iaitu Yang Berbahagia Dr. Anurrdin Abdul Ghani, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Rabu, 24 Mac 2010

Sabtu, 20 Mac 2010

SEKITAR SUASANA BELAJAR DI KELAS PENDIDIKAN KHAS SKSV.


Syabas dan Tahniah kerana usaha guru-guru Pendidikan Khas SKSV dalam usaha mendidik anak-anak murid yang istimewa ini. Bagi PIBG pengorbanan guru-guru ini sukar ditandingi kerana pelbagai cara digunakan untuk murid-murid istimewa ini menguasai pelajaran mereka.
Tahniah daripada PIBG SKSV.

PROGRAM KECEMERLANGAN : KELAS KEPUNG-ANJURAN PIHAK SEKOLAH DAN PIBGSKSV


Program Kelas Kepung khusus untuk murid-murid tahun 6 telah bermula pada 08 FEBRUARI 2010 yang lalu. (Jam : 3.00 petang hingga 5.00 petang). Program ini bermatlamat untuk menghabiskan sukatan pelajaran serta pendedahan kepada teknik menguasai kemahiran setiap subjek teras.
Guru-guru terdiri daripada mereka yang berpengalaman serta penanda kertas UPSR. Bagi pihak PIBG usaha ini pastinya akan membuahkan hasil dalam mencipta murid-murid cemerlangan UPSR seperti tahun lepas.
Usaha pihak sekolah ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama ibu bapa.

PROGRAM KECEMERLANGAN : KELAS TAMBAHAN-ANJURAN PIHAK SEKOLAH DAN PIBGSKSV

Program Kelas Tambahan untuk murid-murid tahun 4,5 dan 6 bertujuan untuk membimbing murid-murid menguasai subjek teras dengan lebih berkesan.Guru-guru yang terlibat merupakan guru-guru yang berpengalaman dalam subjek masing-masing. PIBG mengharapkan usaha ini akan mendapat kerjasama daripada pihak ibu bapa. Bagi membenarkan anak-anak mereka menyertai kelas tambahan tersebut.
Kelas Tambahan ini telahpun bermula pada 08 FEBRUARI 2010 yang lalu. Bermula jam 1.30 hingga 2.30 petang. PIBG sentiasa menyokong program untuk kecemerlangan murid-murid SK Slim Village.

SEKITAR UJIAN SELARAS 1/ 2010. JERIH -PAYAH ANAK-ANAK KITA HADAPI UJIAN-DOAKAN MEREKA.

PIBG sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak SKSV. Mereka yang berusaha bersungguh-sungguh pastinya akan meraih kejayaan dalam peperiksaan Ujian Selaras 1 nanti. Ujian Selaras 1 ini pastinya memberikan petanda awal kepada usaha para guru. pihak sekolah ke arah halatuju untuk kecemerlangan murid-murid SKSV.
Selamat Berjaya.

Jumaat, 26 Februari 2010

"SALAM MAULIDUR RASUL"
SEMPENA KELAHIRAN JUNJUNGAN BESAR 
NABI MUHAMMAD S.A.W
-12 Rabiulawal
Buat seluruh umat Islam 
warga SK Slim Village
Ibu bapa / Penjaga

Daripada : AJK PIBG SKSV

Khamis, 25 Februari 2010

PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6

Program Motivasi khusus untuk Murid Tahun 6. Program ini melibatkan seramai 39 pelajar terdiri dari kelas Tahun 6 Marikh dan 6 Musytari.

Program yang dijalankan pada 6 Februari ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 5.00 petang. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru Tahun 6 yang telah bekerjasama mengisi slot pada hari tersebut.

1. En. Mohd Halin Othman (Subjek Sains) 8.15 AM – 9.15 AM
2. Pn. Noredah Mat Dom (Subjek BI) 9.15 AM – 10.15 AM
3. En. Samsul Ali Mohd Basir (Subjek BM) 11.00 AM – 12.00 PM
4. En. Fadzian Helmy Zulkipli (Subjek Mate) 12.00 PM – 1.00 PM
5. En. Shariffuddin Ahmad (Motivasi Diri) 2.00 PM – 3.00 PM
6. En. Zakaria Abdullah Sani (Teknik Mengingat Fakta) 3.00 PM – 4.30 PM

PIBG SKSV merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas usaha yang dilaksankan oleh Pihak sekolah, Guru-guru Tahun 6 dan Unit Bimbingan & Kaunseling bagi membantu murid-murid tahun 6 dengan memberi dorongan, kata-kata semangat serta tips-tips yang baik bagi persediaan menghadapi peperiksaan UPSR 2010 nanti.
Usaha ini bagi PIBG pastinya memberikan kesan atau impak yang sangat baik kepada murid-murid / calon-calon UPSR 2010. Insyallah, dengan kerja keras pihak sekolah dan guru-guru tahun 6 serta dibantu oleh UBK, SKSV pasti akan cemerlang.